Paderi Paroki : Saudara dan Saudari,Didalam kehadiran Allah dan umat-nya,kamu akan menyatakan keinginan secara umum untuk melayani Tuhan sebagai katekis di komuniti St.Thomas Kepayan.

Kamu telah diajar bahawa kamu tidak hanya mengajar pengetahuan agama tetapi juga menjadi saksi-saksi hidup kepada cara kehidupan Injil yang harus kamu sampaikan kepada orang lain.

Untuk melaksanakan pelayanan ini,kamu harus terus-menurus melengkapi diri kamu bukan sahaja dalam mendalami pengetahuan agama kita tetapi juga mengasihi Firman Tuhan dan Pengajaran Gereja dan mengamalkannya dalam kehidupan kamu setiap hari.

Sekiranya kamu bersedia dan rela menyerahkan diri kamu kepada tugas suci ini,saya sekarang menjemput kamu untuk menyatakan keinginan kamu dihadapan Tuhan,saya paderi kamu dan dihadapan seluruh komuniti yang hadir di sini.

Komitmen Katekis :
Allah Bapa kami yang maha pengasih,kami bersyukur kepada Mu kerana memanggil kami untuk menyebarkan Khabar Baik Yesus Putera Mu melalui pelayanan kami sebagai katekis di paroki ini.Hari ini didalam kehadiran ilahi Mu,dihadapan Paderi Paroki kami dan seluruh komuniti paroki,kami menyatakan kerelaan kami untuk melayani di bidang katekatikal bagi tempoh satu tahun.Kami berjanji untuk terus mengenali dan mengasihi Putera Mu Yesus,Tuhan dan Guru kami.Kami juga berjanji untuk mengongsikan dengan setinya iman yang kami terima melalui Bonda Gereja bersama umat yang lain dalam semangat Yesus yang datang untuk memberikan kami hidup yang berlimpah-limpah.Kami dengan setianya memohon Roh Kudus Mu untuk menguatkan pelayanan kami.Kami juga mohon sokongan doa daripada seluruh komuniti paroki kami.Kami mengungkapkan komitment kami ini kepada Mu ya Allah dan Bapa kami melalui Putera Mu,Yesus Kristus,Guru kami yang hidup dan berkuasa bersama Dikau dan Roh Kudus,Satu Tuhan untuk selama-lamanya.Amin

Doa keatas Katekis :

Paderi : Bapa kami bersyukur kepada Mu kerana perhatian dan penggembalaan Mu,Engkau mengutus Putera Mu untuk menunjukkan kami jalan,memimpin kami kepada kebenaran dan mengongsikan hidup Mu dengan kami.Di sepanjang zaman,Engkau tidak pernah meninggalkan Gereja Mu tanpa guru dan pembawa-pembawa iman.Pandanglah dengan penuh kasih saudara-saudari kami ini dan kuatkanlah keputusan mereka dengan mencurahkan Roh Kudus Mu ke atas mereka,kami mohon ini demi Kristus Tuhan kami.

Umat : Amin

Pengutusan Para Katekis

Paderi : Atas nama Allah dan Gereja,kami sekarang mengutus kamu untuk melayani sebagai katekis di Paroki ini bagi tempoh satu tahun.Semoga Tuhan menyertai kamu dan doa kami menyertai kamu semua.

Katekis : Syukur kepada Allah