28 Ogos 2010

Kepada :
Semua Paderi Paroki,
Komiti Katekatikal Paroki
Para Ibubapa,
Diosis Agung Kota-Kinabalu

SILABUS PEMBENTUKAN IMAN SIRI KATEKATIKAL MALAYSIA

Salam damai dalam Yesus Kristus.

Seperti yang anda sedia maklum bahawa pembentukan iman para generasi muda hari ini perlu diberi perhatian serius.Seringkali diperkatakan bahawa ramai para remaja/belia kita hari ini yang telah meninggalkan Gereja disebabkan iman mereka yang rapuh atas sebab kurangnya bimbingan agama daripada keluarga mereka sendiri.Pihak Gereja amat bimbang tentang keadaan ini.

Atas keprihatinan Gereja,maka Majlis Uskup-uskup Katolik Malaysia telah menerbitkan satu silabus pembentukan iman khas untuk digunakan dalam pertemuan Minggu Gembira.Silabus ini diterbitkan mengikut keadaan dan keperluan Gereja tempatan.Silabus ini dipanggil SIRI KATEKATIKAL MALAYSIa (SKM).Siri Katekatikal telah diterbitkan untuk memenuhi keperluan dan permintaan para ibubapa,para katekis dan para paderi yang menginginkan satu siri katekatikal tempatan berikutan dengan penerbitan Katekismus Gereja Katolik (KGK).Siri ini dilengkapi dengan satu set Buku Panduan Katekis.

Siri ini telah diterbitkan dan dilancarkan pengunaannya di semua diosis di Malaysia sejak tahun 2004.Saya percaya dan berharap silabus ini telah dan sedang digunakan sepenuhnya di setiap paroki.

Atas perlaksanaan silabus ini,semua pelajar Pertemuan Minggu Gembira haruslah menggunakan dan menghasilkan sukatan pelajaran (SKM) dari Buku 1 sehingga 10 mengikut pembahagian kelas seperti berikut :
a) Pra Komuni Suci Pertama - Buku 1 & 2
b) Komuni Suci Pertama - Buku 3 & 4
c) Selepas Komuni Suci - Buku5 & 6
d) Pra Penguatan - Buku 7 & 8
e) Penguatan - Buku 9 & 10

Perlu disedari bahawa matlamat dalam katekis adalah "kematangan iman dalam Yesus Kristus".(Panduan Umum Katekesis 80-82) agar melahirkan umat Katolik yang beriman dan berkualiti.Buku-buku lain boleh digunakan segbagai buku rujukan dan tambahan dalam katekesis.

Sebagai katekis utama dalam keluarga,saya ,saya mengingatkan para ibubapa akan tanggungjawab dalam pembentukan iman anak-anak mereka dengan menyediakan mereka dengan buku-buku ini,berjalan bersama mereka dalam iman serta memberikan sokongan penuh kepada para pembimbing mereka (Panduan Umum Katekesis 226-227).

Saya telah memberikan amanat kepada Komisi Diosis Agung untuk "mengerak dan menyelaraskan" perlaksanaan silabus ini serta pembentukan katekatikal di seluruh Diosis Agung (DOPP ms 46).saya harap para paderi paroki dapat memantau dan berjalan bersama dengan mereka yang terlibat didalam pelayanan katekatikal di paroki anda (ruj.Panduan Umum Katekis 224,225).

Dengan surat ini,saya berharap agar anda melaksanakan tanggungjawab masing-masing secara serius untuk meningkatkan pembentukan iman di seluruh Malaysia.

Tuhan memberkati anda

YANG TERMULIA USKUP AGUNG JOHN LEE,DD
Diosis AgungKota-Kinabalu

sk : Uskup Datu Cornelius Piong

Uskup - Dipilih,Rev.Fr.John Wong
Diosis Agung Kota-Kinabalu